*COD & Shipping Charges may apply on certain items.
Review final details at checkout.
₹947
₹1165
18% OFF
Paperback
All inclusive*
Qty:
1
About The Book
Description
Author
Model-model kepimpinan dan pengurusan praktikal beserta tip contoh dan kisah berkaitan cara untuk memimpin pasukan yang mempunyai kepelbagaian dan personaliti yang berbeza di dalam buku ini akan membantu anda mencapai hasil yang lebih baik dan menjadi seorang bos yang lebih baik dalam era pasca COVID masa kini. Buku ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang memimpin orang lain sama ada di dalam organisasi kerajaan tentera NGO atau perniagaan. Sekiranya anda memiliki ahli pasukan yang bekerja secara jarak jauh anda mungkin akan menyukai model ACCT dan R.E.M.O.T.E yang terdapat di dalam buku ini. Pengarang merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang telah menetap di Malaysia sejak tahun 1995. Buku ini menumpukan kepada cara untuk membantu anda berjaya melalui pekerja dan proses kerja anda. Nilai anda dalam organisasi ditentukan oleh jumlah kemahiran pengetahuan sikap tingkah laku hasil dan hubungan anda dalam organisasi. Menjadi seorang better boss atau bos yang lebih baik akan meningkatkan nilai anda dalam organisasi. Seorang bos merupakan seseorang yang mempunyai kuasa dan bagaimana anda menggunakan kuasa tersebut menentukan tahap kejayaan anda. Pengarang yang pernah menetap dan mengembara di lebih 40 buah negara akan berkongsi pengalaman-pengalaman beliau dari negara Timur dan Barat untuk membantu anda menjadi seorang bos yang lebih baik. Beliau percaya bahawa kepimpinan yang baik merangkumi dua ciri-ciri penting: Keberanian dan Etika. Sama ada anda memilikinya sekarang ataupun tidak. Bahagian-bahagian penting di dalam buku ini termasuklah cara memimpin pasukan yang mempunyai kepelbagaian dan personaliti yang berbeza komunikasi dalam pasukan cara mewujudkan persekitaran kerja yang bermotivasi kemahiran penyampaian cara menguruskan pekerja berprestasi tinggi dan rendah cara membimbing pasukan menggunakan model Rumah cara menarik perhatian VIP (bos ahli lembaga pengarah pelabur pelanggan) kemahiran membuat keputusan cara menangani konflik cara membina hubungan (networking) dan cara menjadi lebih berjaya pada masa hadapan. Buku ini mengandungi banyak model-model berguna dan mudah untuk membantu anda menjadi seorang better boss.