<span style=color: rgba(0 0 0 1)>Pada masa kini siang bagaikan malam dan malam bagaikan siang. Kita terlalu alpa dengan kehidupan yang fana ini sehingga dipesongkan daripada perkara yang lebih utama dan kekal nilainya seperti ajaran sebaik-baik ciptaan iaitu junjungan kita Baginda ﷺ yang menuturkan doa Ya Allah umatku! Umatku!
<span style=color: rgba(0 0 0 1)>Para ulama kita telahpun menggariskan kepentingan lidah kita untuk sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Sang Kekasih. Dalam pada itu mereka juga akan mengkhususkan masa untuk dipenuhi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
<strong style=color: rgba(0 0 0 1)>MENGENAI PENGARANG
<span style=color: rgba(0 0 0 1)>Ḥabib ʿUmar bin Ḥāfīẓ ialah seorang sarjana Islam kelahiran Yaman yang berketurunan <em style=color: rgba(0 0 0 1)>Ahl al-Bayt<span style=color: rgba(0 0 0 1)> - Keluarga Rasulullah ﷺ yang mulia. Beliau adalah pengasas madrasah Dār al-Muṣṭafā yang ditubuhkan di Tarim Hadramawt dan beliau juga memainkan peranan mengawasi pelbagai madrasah lain yang telah dibina di bawah pengurusannya. Keaktifannya dalam kegiatan dakwah Islamiah telah membawa beliau ke serata dunia sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahun berkelana demi menyampaikan risalah Kenabian ﷺ. Usaha dan pengaruh beliau telah menyentuh hati jutaan insan sehingga para muridnya boleh dijumpai di seluruh pelosok dunia.
Piracy-free
Assured Quality
Secure Transactions
Delivery Options
Please enter pincode to check delivery time.
*COD & Shipping Charges may apply on certain items.