*COD & Shipping Charges may apply on certain items.
Review final details at checkout.
₹979
₹1082
9% OFF
Paperback
All inclusive*
Qty:
1
About The Book
Description
Author
Tuhan Maha Pengasih bukan hanya memimpin setiap orang yang beriman ke jalan penyelamatan tetapi juga mendedahkan rahsia syurga.Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda tentu anda pernah tertanya-tanya soalan seperti Ke mana saya akan pergi setelah meninggalkan dunia ini? atau Adakah syurga dan neraka benar-benar wujud? Ramai orang mati sebelum mereka sempat menemui jawapan bagi soalan-soalan tersebut atau walaupun mereka percaya akan kehidupan selepas mati bukan semua orang dapat memiliki syurga kerana bukan semua orang mempunyai pengetahuan yang sebetulnya. Syurga dan neraka bukan suatu fantasi tetapi realiti di alam roh.Pada satu sisi syurga adalah tempat yang sangat indah dan tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa yang wujud di dunia ini. Terutama sekali keindahan dan kebahagiaan di Yerusalem Baru di mana terletaknya Takhta Tuhan yang tidak dapat dihuraikan sepenuhnya kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan terbaik dan dengan kemahiran syurgawi. Pada sisi yang lain neraka dipenuhi keazaban berterusan yang tragis dan kekal abadi; realitinya yang dahsyat diterangkan dengan terperinci di dalam buku Neraka. Syurga dan Neraka mula dikenali melalui Yesus dan para rasul dan sehingga hari ini ia masih didedahkan secara terperinci melalui hamba Tuhan yang ikhlas beriman kepada-Nya. Syurga ialah tempat di mana anak-anak Tuhan menikmati kehidupan abadi dan perkara-perkara yang tidak dapat dibayangkan indah dan menakjubkan tersedia untuk mereka. Jadi anda hanya mengetahuinya secara terperinci apabila Tuhan membenarkan dan menunjukkannya kepada anda.Saya berdoa dan berpuasa berterusan selama tujuh tahun untuk mengetahui Syurga dan mula menerima jawapan-jawapan daripada Tuhan. Kini Tuhan menunjukkan kepada saya lebih banyak rahsia alam roh dengan lebih mendalam. Oleh sebab syurga tidak dapat dilihat adalah amat susah untuk menerangkan syurga dengan bahasa dan pengetahuan dunia ini. Mungkin juga berlaku salah faham tentang syurga. Disebabkan hal itu rasul Paulus tidak dapat menceritakan Firdaus di Langit Ketiga yang dilihatnya dalam suatu penglihatan. Tuhan juga mengajar saya banyak rahsia tentang syurga dan selama beberapa bulan saya telah berkhutbah tentang kehidupan bahagia dan banyak tempat serta ganjaran yang berbeza-beza di syurga berdasarkan kepada ukuran iman. Walau bagaimanapun saya tidak dapat mengkhutbahkan semua yang telah saya pelajari secara terperinci. Sebab utama Tuhan membenarkan saya mendedahkan rahsia-rahsia alam roh yang diketahui di dalam buku ini adalah untuk menyelamatkan seramai orang yang mungkin dan memimpin mereka ke syurga yang jernih dan indah seperti kristal.Saya memberi segala kesyukuran dan kemuliaan kepada Tuhan kerana membenarkan saya menerbitkan buku Syurga I: Sejernih dan Seindah Kristal satu deskripsi tentang sebuah tempat yang sejernih dan seindah kristal dipenuhi dengan kemuliaan Tuhan. Saya berharap anda akan menyedari kasih besar Tuhan yang mendedahkan rahsia syurga dan memimpin manusia ke jalan penyelamatan supaya anda juga dapat memilikinya. Saya juga berharap anda akan bergegas mencapai matlamat kehidupan abadi di Yerusalem Baru.